Saturday, June 18, 2011

Ikan Cencaru Masuk Lemak Kuning

lauk ni selalu mak masak masa aku kecik-kecik dulu
entah apa nama lauk ni lupa pulak nak tanya dia
sebenarnya lauk ni macam masak lomak cili api jer
bezanyar adalah ikan kena goreng dulu
dan bumbunya perlu ditumis
selalunya mak guna ikan cencaru a.k.a ikan jaket
kalau mak masak lauk ni mesti licin nasi..

bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru (sila tanggalkan jaketnya ya)
1 cawan santan
6 biji cili padi (kalau tak nak pedas guna cili hidup sahaja)
bawah merah, bawang putih
sedikit halia, kunyit dan serai (diketuk-ketuk)
asam keping dan garam secukup rasa


cara
tumbuk kesemua cili, bawang, halia dan kunyit
panaskan sedikit minyak di dalam kuali
tumis bahan-bahan tadi
masukkan serai
kacau-kacau, biarkan hingga naik bau 
masukkan santan, ikan dan asam keping
bubuh garam secukup rasa
biarkan hingga kuah tadi agak sedikit kering
jangan lupa kacau ya...
dah masak ... boleh tutup api
hmmm... nilah hasilnyer....


No comments: