Friday, June 24, 2011

ayam dulu ayam sekarang

dulu-dulu masa kecik
kami ada bela ayam
ayam tu dikurung dalam sangkar yang dipanggil reban
ada jugak ayam-ayam ni yang dok merewang sekeliling kampung
malam-malam lepak atas pokok
yang dok nmerewang ni biasanya adalah ayam kampung...

bila masa mak nak masak lauk ayam
kami adik beradik kenalah buat kerahan tenaga
menangkap ayam-ayam tu
kalau yang dalam reban tu kira senang jugak lah nak tangkap
tapi yang dok merewang tu...
kadang-kadang sampai ke petang tak dapat-dapat lagi...
macam tau-tau aje yang diorang nak kena jadi gulai hari tu...

tugas menyembelih ayam ni biasanya orang lelaki yang buat
mesti kena ada dua orang,
sorang tukang sembelih, seorang lagi tukang pegang ayam
satu lagi kena ingat, pisau mesti tajam
kalau tidak tak putus pulak urat merih ayam tu nanti....
aku pernah jugak jadi bidan terjun, tukang pegang ayam
seriau jugak... siap tutup-tutup mata lagi
selepas disembelih, ayam tu kena dilepaskan dulu
dah sure dia k.o. baru boleh amik balik

sementara menunggu ayam tu k.o.
kenalah rebus air hingga mendidih
ayam yang telah k.o. tu akan direndam sekejap dalam air panas
untuk memudahkan kerja mencabuat bulu-bulu ayam tu
ha.. part cabut mencabut ni memang aku suka...
lepas semua bulu-bulu ayam tu togel dicabut
ayam tersebut akan di panggang sekejap di atas api
ini adalah untuk menghapuskan bulu-bulu halus
yang terdapat pada badan ayam tu...
kemudian barulah ayam tu boleh dipotong-potong untuk dimasak

berbanding sekarang kalau nak masak ayam
beli aje ayam yang telah siap diproses
di kedai, pasar, pasar malam ataupun di pasaraya
nak suruh dikerat-keratpun boleh
nak kerat 4, 6, 8, 10
ha... nak kerat 16 pun boleh...
dan kalau nak yang siap dimarinatepun ada...
balik rumah tinggal goreng jer....

ayam direndam sekejap dalam air panas
gotong royong mencabut bulu ayam...

yeah.. sungguh seronok menogelkan ayam...
 
ayam yang dah siap ditogelkan.....






No comments: