Monday, May 28, 2012

pisang rebus

pisang rebus dan dimakan dengan kelapa 
yang dicampur dengan sedikit garam
ini adalah antara makanan untuk minum petang 
yang sering mak sediakan masa saya kecik-kecik dulu
dan sering kali membuatkan 
kami adik beradik berebut-rebut untuk menikmatinya...

masa yang berlalu dan disogokkan pula dengan 
limpahan hidangan terkini yang pelbagai
membuatkan pisang rebus ini semakin dilupai
agak bertahun juga tak jamah hidangan pisang rebus ni
walaupun ianya antara feberet saya dulu...
walaubagaimanapun kegemaran berkunjung ke kopitiam
telah menemukan saya dengan hidangan feberet saya ini

tu dia.... tengok jer dah meleleh air liur...
bezanya pisangnya dikukus 
dan dimodenkan dengan  menghidangkannya 
dengan curahan coklat cair
but still the taste can bring me to old time....
lagi satu sebab kami makan kat sini

@ old timer kopitiam, badar tasik permaisuri, cheras
  

see, kelly sorang jer boleh makan sampai 4 biji... 
hu...hu...hu... her mummy have to order another plate...







Friday, May 25, 2012

air serai yang menyamankan

korang pernah minum air serai. 
minuman ni  fofular di thailand
dan sekarang ni dah mula fofular kat malaysia

air serai ni elok untuk menyejukkan badan
kalau rasa-rasa panas dalam badan
cubalah minum air serai ni
pasti korang rasa segar dan menyamankan
ditambah lak ngan aromanya yang tersendiri...
pergh i tell you....
belum minumpun dah terasa kesegarannya
tak caya cuba try

air serai ni enak diminum sejuk ataupun panas
selain untuk menyejukkan badan
dengar citer ia juga bagus diminum
oleh ibu-ibu selepas bersalin
untuk penghadaman dan  pelawasan
ia juga dipercayai boleh melegakan batuk
dan sakit tekak

selalunya saya minum kat kedai je..
tapi pernah terjumpa resepi ni kat majalah saji
beberapa tahun dulu so saya share kat sini
all we need is...
10 batang serai
3 liter air
gula batu
(ikut suka tahap kemanisan yang dikehendaki)
bersihkan serai, ketuk-ketuk sikit
masukkan dalam air
dan rebus bersama gula batu hingga mendidih
kecikkan api 
biar air mendidih lama sikit
dah siap bolehlah diminum panas atau sejuk
nak tambah perasa bolehlah perah limau sikit..
kalau tak nak guna gula batu 
bole saja ganti ngan gula biasa atau madu


yang ni saya minum kat naili's place sentul




Tuesday, May 15, 2012

untuk sahabatku...

saya mengenali beliau sejak ditingkatan empat lagi
 walau kami bukan dari kelas yang sama 
tapi beliau adalah seorang yang amat peramah,
baik hati dan selalu sahaja membuatkan 
semua orang disekelilingya 
ceria dan gembira
tidak hairanlah jika hampir kesemua guru dan pelajar 
sekolah kami waktu itu amat mengenali beliau
bertahun berpisah kerana tuntutan kerjaya 
dan hidup masing-masing
kami bertemu semula semasa gathering sekolah
beberapa tahun lepas
beliau masih dengan sikap yang dulu..
tetap ramah walau sudah memegang jawatan tinggi 
di sebuah syarikat konglemerat kerajaan
semasa perjumpaan itu banyak yang kami ceritakan 
kebanyakkannya kisah dulu-dulu waktu zaman sekolah...
sementelah saya dan rakan-rakan rapat 
memang suka dok menyakat beliau yang agak lembut orangnya dulu
dan lagi beliau seorang yang amat pengingat
sebutlah siapa sahaja dan kisah-kisah yang berlaku dulu
insyaallah pasti beliau ingat
sudahnya beliau menjadi pakar rujuk kami untuk 
kisah-kisah waktu sekolah dulu

itulah kali terakhir kami bertemu
selepas itu kami cuma berhubung di alam maya sahaja
beberapa kali mendengar khabar beliau dimasukkan ke hospital 
kerana sakit barah yang dihadapinya
tetapi belum berkesempatan untuk menziarahi beliau
 hanya doa dipanjatkan agar beliau cepat sembuh dan sehat dari sakitnya itu

apapun janji Allah itu pasti
bila telah tiba masanya 
kita harus pergi jua..
walau ramai yang menyenangi dan menyayangi beliau
tetapi kasih Allah melebihi segalanya.. 
ya.... sahabatku ini telah dijemput untuk kembali ke rahmatullah pagi ini...
meninggalkan isteri, anak-anak dan keluarga tercinta 
rakan-rakan dan semua yang mengenali beliau
pergi utnuk selama-lamanya...

semoga roh allahyarham tuan haji sahli sukarman
 ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....
al-fatihah
kepada keluarga allahyarham
semoga tabah menghadapi segala dugaan...
yang pergi tetap pergi
hidup perlu diteruskan
masa untuk kita entah bila
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...


sambal permaisuri

my mr hubby amat suka makanan yang pedas-pedas
kalau makan tak ada yang pedas-pedas
macam ada jer yang tak kena...
hinggakan kalau makan nasi ayam atau nasi beryanipun
mesti request cili padi
and off course dia memang suka sambal belacan
tapi since en. resdungnye agak menjadi-jadi sekarang ni
especially bila makan sambal belacan...
maka saya dah tak lagi menyediakan sambal belacan di rumah
tapi hidangan pedas tetap juga pasti ada
so saya gantikan dengan sambal ini
we call it
sambal permaisuri


untuk menyediakannya senang jer..
kita cuma perlukan ikan bilis barang segenggam
cili merah 2 biji, cili padi 10 biji,
kalau nak pedas korang tambah le lagi 
then bawang merah seulas dua 
saya guna yang saiz kecik jer

ikan bilis digoreng hingga garing
dah garing, angkat, letak tepi dulu
lepas tu goreng cili merah, cili padi dan bawang
agak-agak layu sikit tu bolehlah angkat

kesemua bahan tadi hendaklah ditumbuk
nak tumbuk halus boleh
nak kasar-kasar sikitpun boleh ikut suka korang ler
pas tu bolehlah dimakan
makan lak ngan nasi panas-panas
pergh... malatops...





Monday, May 14, 2012

selamat hari IBU

this entry suppose to be published last sunday
tapi dek kerana sibuk sesangat so terdelay sampai ke hari ni
afterall we are still in may
so...
to all the mother's out there
i want to wish all of you


Happy mother's day
terima kasih kerana telah menjalankan
tugas-tugas seorang ibu dengan baik
semoga anda semua tabah mengharungi
cabaran-cabaran yang mendatang

kepada ibuku tercinta
Puan Hajjah Zabeidah Harun
Selamat Hari Ibu
terima kasih atas segalanya
kasih sayang
perhatian
tunjukajar
pengorbanan
dan
susah payah 
dalam membesarkan kami anak-anakmu
moga hidupmu sentiasa berbahagia
dan dirahmati Allah
amin...

kasih sayang yang tak terhingga untukmu



pancake kasih sayang

 ni adalah breakfast hujung minggu
terutama bila..
malas nak kuar gi beli sarapan
and malas nak makan yang berat-berat pagi-pagi
kalau buat yang ini
ramai yang nak membantu

we just need
tepung biasa, baking powder, soda bicarbonate,
butter, telor, gula, fresh milk, sedikit garam
and butter untuk menggoreng

kelly and achik will get me the ingredients
i will sukat all the things
achik will help beating the batter gilir-gilir ngan kelly
they like to do this so much
kekadang tu sampai berebut2
kakak or kak ngah will do the goreng-goreng part
and hubby 
will help the makan-makan part... hu...hu...

so here it is our
pancake kasih sayang




Friday, May 11, 2012

happy birthday kelly

this day
7 years ago
she was born
my sweet little angel
nurin zuhaily
or kelly as everyone call her now
or ally as what she refers her self to....
adorable sweet baby
my precious...

the baby is born

hours later....

4 months old during majilis akikah & potong jambul

2 years...

3 years...

4 years... with the drawing title `ayah saya'
5 years...


6 years...

hmmmm yummy

tadika years...

first day at school...


saya dah sekolah... yesss...

we praise Allah for sending her to us
adding joy and happiness to everyone in the family

i pray that she will grow up 
and be a good solehah 
useful to the religion, family and nation

happy birthday dear
and lots and lots of love...