korang semua pernah tersangkut dalam lif?
lama atau sekejap
pengalaman itu sudah tentu
amat-amat mendebarkan
semalam kejadian sama berlaku pada saya
walaupun sekejap tetapi
bisa bikin jantung saya rasa bagai nak gugur
apa tidaknya tetiba dengar bunyi kuat
dan lif tiba-tiba terhenti
pintu pula tidak terbuka
apatah lagi waktu itu
hanya saya seorang sahaja berada
di dalam lif tu...
nasib baik dapat memaklumkan segera
kepada pihak maintenance
dalam menunggu mereka membetulkan apa-apa
yang perlu dibetulkan
macam-macam yang telintas difikiran
dan apa yang terlintas difikiran itu
langsung membuatkan adrenalin saya berdesup laju...
dalam keadaan itu sempatlah menbaca
segala macam ayat dan doa yang teringat
masa itu jugalah baru nak teringat
baca doa naik kenderaan
selalunya naik keta jer baca doa ni
lif nipun kira kenderaan jugak
tapi selalu terlupa...
hu...hu...hu...
pengajaran hari itu
len kali naik lifpun kena baca doa naik kenderaan
setelah beberapa minit berlalu
(seminit bagai berjam-jam rasanya...)
lif ok semula
alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment