Showing posts with label what's cooking.... Show all posts
Showing posts with label what's cooking.... Show all posts

Friday, May 25, 2012

air serai yang menyamankan

korang pernah minum air serai. 
minuman ni  fofular di thailand
dan sekarang ni dah mula fofular kat malaysia

air serai ni elok untuk menyejukkan badan
kalau rasa-rasa panas dalam badan
cubalah minum air serai ni
pasti korang rasa segar dan menyamankan
ditambah lak ngan aromanya yang tersendiri...
pergh i tell you....
belum minumpun dah terasa kesegarannya
tak caya cuba try

air serai ni enak diminum sejuk ataupun panas
selain untuk menyejukkan badan
dengar citer ia juga bagus diminum
oleh ibu-ibu selepas bersalin
untuk penghadaman dan  pelawasan
ia juga dipercayai boleh melegakan batuk
dan sakit tekak

selalunya saya minum kat kedai je..
tapi pernah terjumpa resepi ni kat majalah saji
beberapa tahun dulu so saya share kat sini
all we need is...
10 batang serai
3 liter air
gula batu
(ikut suka tahap kemanisan yang dikehendaki)
bersihkan serai, ketuk-ketuk sikit
masukkan dalam air
dan rebus bersama gula batu hingga mendidih
kecikkan api 
biar air mendidih lama sikit
dah siap bolehlah diminum panas atau sejuk
nak tambah perasa bolehlah perah limau sikit..
kalau tak nak guna gula batu 
bole saja ganti ngan gula biasa atau madu


yang ni saya minum kat naili's place sentul




Tuesday, May 15, 2012

sambal permaisuri

my mr hubby amat suka makanan yang pedas-pedas
kalau makan tak ada yang pedas-pedas
macam ada jer yang tak kena...
hinggakan kalau makan nasi ayam atau nasi beryanipun
mesti request cili padi
and off course dia memang suka sambal belacan
tapi since en. resdungnye agak menjadi-jadi sekarang ni
especially bila makan sambal belacan...
maka saya dah tak lagi menyediakan sambal belacan di rumah
tapi hidangan pedas tetap juga pasti ada
so saya gantikan dengan sambal ini
we call it
sambal permaisuri


untuk menyediakannya senang jer..
kita cuma perlukan ikan bilis barang segenggam
cili merah 2 biji, cili padi 10 biji,
kalau nak pedas korang tambah le lagi 
then bawang merah seulas dua 
saya guna yang saiz kecik jer

ikan bilis digoreng hingga garing
dah garing, angkat, letak tepi dulu
lepas tu goreng cili merah, cili padi dan bawang
agak-agak layu sikit tu bolehlah angkat

kesemua bahan tadi hendaklah ditumbuk
nak tumbuk halus boleh
nak kasar-kasar sikitpun boleh ikut suka korang ler
pas tu bolehlah dimakan
makan lak ngan nasi panas-panas
pergh... malatops...





Monday, May 14, 2012

pancake kasih sayang

 ni adalah breakfast hujung minggu
terutama bila..
malas nak kuar gi beli sarapan
and malas nak makan yang berat-berat pagi-pagi
kalau buat yang ini
ramai yang nak membantu

we just need
tepung biasa, baking powder, soda bicarbonate,
butter, telor, gula, fresh milk, sedikit garam
and butter untuk menggoreng

kelly and achik will get me the ingredients
i will sukat all the things
achik will help beating the batter gilir-gilir ngan kelly
they like to do this so much
kekadang tu sampai berebut2
kakak or kak ngah will do the goreng-goreng part
and hubby 
will help the makan-makan part... hu...hu...

so here it is our
pancake kasih sayang




Friday, January 13, 2012

Puding Roti and Serawa Durian

Hari tu ada family yang nak mai rumah
so saya buat puding roti
actually the girls suka makan puding roti ni
dengan kuah kastad
tapi hari tu tak sempat nak buat kuahnya

malam tu nenek diorang datang rumah bawa serawa durian
so saya buat experiment ni
makan puding roti bersama serawa durian

hmm... 
not bad... 
can still taste the puding roti
and at the same time
enjoy the creamy durian...

kalau nak try 
silalah....



kuah serawa dah tinggal sikit masa nak amik gambar ni...

puding roti dan serawa durian...



Puding Roti

puding roti
antara feberet the girls
dan antara kuih yang amat mudah menyediakannya
anda cuma perlu ada 

roti sandwich dalam 20 keping
susu (susu cair dalam tin 1 atau boleh jugak guna fresh milk)
5 biji telor
3/4 cawan gula 
nak manis leh tambah lagi
sedikit essence vanila
sedikit garam
sedikit butter
1 tin air 
kalau guna fresh milk tak perlu campur air
cuma perlu tambah extra susu jer 
dan jika suka boleh letak kismis
campur semua bahan except roti
kacau-kacau
koyak-koyakkan roti
rendam sekejap dalam campuran susu
tuang dalam tray pembakar
then boleh terus bakar 
dalam 30 minit
oh ya, tray pembakar tu jangan lupa sapu butter ya...
taa...raaa... dah siappun...



Monday, December 5, 2011

lempeng & sambal tumis

I am on EL (emergency leaves @ cuti terkezut...) last friday. Bangun pepagi rasa tak brapa nak sehat. Tu yang amik cuti. Dalam tak brapa nak sehat tu, sempat jugak prepare breakfast untuk anak-anak... tapi breakfast sempoi je lah...lempeng cicah sambal tumis. Actually lempeng ni ialah one of feberet budak-budak kat umah ni...

Buat lempeng ni senang jer. We just need flour, water and garam secukup rasa. Banyak mana nak bubuh air tu agak-agak sendiri lah ye. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Untuk elak berketul-ketul tepung tu bolehlah diblend saja guna blender. Goreng atas kuali leper. Lagi nipis lagi best. Sebelum goreng tu jangan lupa letak sedikit minyak kat kuali tu untuk elak lempeng melekat.

Nak kelainan sikit, amik  4-5 biji bawang merah, hiris nipis, campur kat dalam adunan lempeng tadi... dah siap bolehlah dimakan cicah ngan sambal tumis lebih semalam tu....







Friday, July 15, 2011

Apam



ni antara kuih faberet aku
yes
kuih apam
what??
does not looks like one?
tak kisah lah kan
yang di atas tu homemade by myself

apam ni ada macam-macam jenis
apam tepung beras
apam pisang
apam tapai
apam gula hangus
apam gula tak hangus
dan yang terbaru apam polkadot
boleh jengok kat n3 aku bulan lepas...

faberet aku ialah apam biasa
aku panggil apam kampung
sebab klasiknya
macam orang dulu-dulu buat...

resepi
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
ayak kedua-dua tepung ni bersama-sama
1 peket yis kering mauripan
campur ngan sedikit air
biarkan dia mengembang sekejap
1 cawan gula
(aku guna 3/4 cawan jer tak nak manis-manis)
kelapa dan sedikit garam
air secukupnya

masukkan tepung, gula dan yis
dalam satu mangkuk
masukkan air sedikit demi sedikit 
agak-agak sampai adunan cukup kepekatannya 
macam buat cekodok gitu...
kacau hingga sebati
biarkan adunan selama 30 minit
atau sehingga adunan naik mengembang
masukkan ke dalam adunan
dan kukus selama 30 minit
dah siap bolehlah angkat
dan makan dengan
 kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam....
makan panas-panas
pergh....
tak hingat dunia keliling.....

Thursday, July 14, 2011

lemon tea



sekarang ni kalau minum teh mesti nak letak lemon....
hot or cold always with the lemon....
some info on lemon tea
that we should know
tea carries alot of benefits
and  lemon has known as a nature's antiseptec
the best time to drink lemon tea is in the morning,
by doing so
it can freshen you up till the rest of the day
lemon tea acts as a purifying agent 
helping clensing the human body system
it also helps resolve a lot of health problems that may arise

hot lemon tea can drives the drowsiness
and fatigue away
it is also can change your mood instantly
it is also claimed that
drinking hot lemon tea every morning 
 can greatly reduces the risk of developing cancer
not much medical proof about this
but lemon is rich of vitamin C 
and it is strong with natural antioxcident 
which is help to naturalizing free radicals...
so why not from now on
we start our day with one hot lemon tea
everyday.....


Wednesday, June 29, 2011

Apam Polkadot

dah lama teringin nak buat apam ni...
asyik dengar orang citer ajer...
geram tengok dia
coz it looks so cute...
baru ni sorang teman buat apam and tayang kat fb dia
hmmmm tok leh jadi ni, akupun nak try buat juga...
dia amik resepi kat sini
akupun sama
dan inilah hasilnya....

first try.... 
guna paper cup saiz sederhana, masa kukus letak dalam acuan
muffin yang lebih besar, tu yang dia nampak leper sikit...

let see the recipe....

bahan :

275gm tepung gandum
220 gm gula halus
3 biji telur
150 ml susu segar atau susu sejat
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
blueberry filling atau coklat masakan
pewarna ikut suka korang

cara :

Ayak tepung bersama baking powder
Pukul telur dengan gula hingga kembang
Masukkan tepung, susu dan ovalette
Pukul dengan kelajuan maksima
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Titiskan pewarna mengikut pilihan masing-masing
 Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag berasingan
Picit adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah mangkuk sahaja)
Letakkan fiiling secukupnya (guna piping bagpun boleh, lebih mudah)
Picitkan lagi adunan warna yang sama sehingga menutupi filling tu
Last sekali bolehlah dot-dotkan apam tu mengikut 
kreativiti masing-masing
   make sure guna adunan warna berlainan
kemudian kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak
 jangan lupa sebelum kukus masukkan  paper cup ke dalam
 acuan muffin atau mangkuk kecil 
(macam acuan yanag orang selalu guna untuk buat apam)
   kalau tidak apam anda akan jadi meleper 
dan tak nampak naik gebunya...

2nd try dah expert sikit, yang ni buat dalam paper cup kecik-kecik...

Monday, June 20, 2011

Lempeng Pisang Lagi

Ha.. ni nak citer pasal lempeng pisang lagi
almaklumlah beberapa minggu ni asyik dapat pisang free je...
so kenalah diimanfaatkan sedekah orang tu...
citer pasal lempeng pisang ni...
teringata pasal masa pregnant anak nombor tiga dulu
dalam banyak-banyak makanan, lempeng pisang juga lah
yang menjadi idaman kalbu
ada seorang  kawan tu kata,
"hi.. tak de benda lain ke nak mengidam, ni mengidam lempeng pisang... apa kelas"
kelas tak kelas, tu citer lain ya, orang kalau dah mengidam tak kira 
mahal ke, murah ke, susah atau senang nak cari
semuanya kena ikut tekak yang dalam perut tu...

lagi nak citer, lempeng yang aku dok idam-idamkan tu 
adalah yang dibeli dari Restoran Haslam
yang dekat ngan Hospital Tawakal Jalan Pahang nun...
kat situ ada dua jenis lempeng, lempeng pisang dan lempeng ubi
diorang akan setat masak lempeng ni pukul dua petang
kekadang tu belum pukul 3, dah habis...
ada juga beberapa kali datang lempeng dah habis... 
hu...hu...hu...
sampai kakak cashier kat situ bagi nombor telefon dia
suruh call dulu sebelum datang...
perihatin sungguh dia kat mak yong ni dulu...
kalau citer kat Yusoff Haslam ni sure dia boleh buat slot kat drama dia
hi...hi...hi...
yang ni home made by me

bakar ngan daun pisang lebih harum baunya...

this girllah yang suka makan lempeng pisang masa dalam perut dulu, dah 7 tahunpun sekarang ni...

Saturday, June 18, 2011

Ikan Cencaru Masuk Lemak Kuning

lauk ni selalu mak masak masa aku kecik-kecik dulu
entah apa nama lauk ni lupa pulak nak tanya dia
sebenarnya lauk ni macam masak lomak cili api jer
bezanyar adalah ikan kena goreng dulu
dan bumbunya perlu ditumis
selalunya mak guna ikan cencaru a.k.a ikan jaket
kalau mak masak lauk ni mesti licin nasi..

bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru (sila tanggalkan jaketnya ya)
1 cawan santan
6 biji cili padi (kalau tak nak pedas guna cili hidup sahaja)
bawah merah, bawang putih
sedikit halia, kunyit dan serai (diketuk-ketuk)
asam keping dan garam secukup rasa


cara
tumbuk kesemua cili, bawang, halia dan kunyit
panaskan sedikit minyak di dalam kuali
tumis bahan-bahan tadi
masukkan serai
kacau-kacau, biarkan hingga naik bau 
masukkan santan, ikan dan asam keping
bubuh garam secukup rasa
biarkan hingga kuah tadi agak sedikit kering
jangan lupa kacau ya...
dah masak ... boleh tutup api
hmmm... nilah hasilnyer....


Monday, June 13, 2011

Lempeng Pisang Oat

Semalam ada orang bagi pisang, tak tahu pulak jenis pisang apa, 
sebab jarang-jarang tengok pisang jenis ni, gemok-gemok pisangnya,
nak makan gitu je tak berapa sedap cam pisang emas dibawa belayar,
hubby kata buat cekodok jelah... 
tengok-tengok stok minyak kat dapur hampir-hampir kehabisan, 
pikir-pikir tak payahlah buat cekodok,
buat lempeng aje lah, kurangkan penggunaan minyak,
lagipun tekak orang-orang kat rumah ni baru aje nak kebah dari batuk,
tengah dok godeh-godeh adunan lempeng ni teringat lak
nak campur lempeng ni dengan oat,
tak pernah try lagi, tapi, ok kot,
so apa kata kita cuba....

bahan-bahan :
4 biji pisang ( apa-apa jenis le ikut suka korang )
kalau pisang kecik-kecik bubuhlah lebih
yang akak guna ni pisang dia gemok-gemok
3 sudu besar gula
1/2 cawan kelapa
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar oat segera
secubit garam

cara :
lenyek pisang hingga hancur campurkan gula, kelapa, tepung, oat dan garam,
gaul kesemuanya hingga sebati,
panaskan kuali, lenserkan sedikit margerine,
dan bolehlah mula menggoreng lempeng tu,
kalau ada daun pisang lagi best,
boleh goreng lempeng you all beralaskan daun pisang, 
baunya lebih harum dan menyelerakan...
kepada sesiapa yang kena makan lebih oat 
(sebab dah jadi member baik cik kolestrol)
tapi tak lalu nak telan, 
bolehlah pelbagaikan hidangan oat anda dangan mencuba resepi ini....

lempeng pisang oat
makan panas-panas cicah ngan butterpun sodap....




Friday, June 10, 2011

Bee Hoon Kung Fu

Sekarang ni kalau pegi gerai tomyam sure order mee ni
especially kalau tak nak makan yang berat-berat
means tak mau makan nasi...
the girlspun sekarang dah suka mee ni 
bee hoon or  kue tiaw
yang pastinya mesti kung fu style ma...
baru-baru ni try le masak kat rumah
aku bukannya reti nak masak mee ni
pakai belasah jer... tapi the girls said 
" sedap ibu...."
iyelah tu.. dah licin pinggan masing2
kalau tak sedap tak tahulah nak kata apakan...
nak resepi yang real punyer
bole layan kat blog lain ya, yang ni 

bee hoon kung fu madam suri style 

bee hoon - basuh dan toskan
serba sedikit bunga kobis, carrot, sawi
potong-potong macam nak masak sayur campur
udang atau ayam (potong kecik-kecik)
telur serbuk perasa atau chicken paste
sedikit tepung jagung
minyak untuk menumis
bawang putih 
bawang merah
and jangan lupa garam and air ya...

part 1
mula-mula kita panaskan sedikit minyak
masukkan bee hoon
goreng sampai agak-agak dah tukar warna sikit 
pecahkan telur dalm satu bekas, kacau-kacau sikit
tuang ke atas mee tadi
balikkan pelan-pelan
bila telur dah masak
masukkan mee ke dalam pinggan hidang

part 2
panaskan minyak
tumis bawang putih & bawang merah
kalau nak pedas
bolehlah ketuk dua tiga cili api
tumis sekali ngan bawang tadi
masukkan udang or ayam biarkan sekejap
then boleh masukkan air, agak-agak sendiri lah ya
then masukkan garam, pepper (kalau suka), paste ayam or perasa
carrot and bunga kobis boleh join sekali
bila kuah dah menggelegak baru masukkan sawi
campurkan tepung jagung (agak-agak dalam 1 sudu kecil) 
dengan 1/2 cawan air
masukkan campuran ini ke dalam kuah
jangan lupa kacau ya
before tutup api rasalah kuah tu
cukup ke tidak masin and perasanya
dah ok boleh tutup api and tuang kuah tu ke atas mee tadi
ha... ha... dah siap pun bee hoon kung fu kita
sila jemput makan....







Tuesday, January 4, 2011

lasagna

anak-anak dari hari tu merengek nak makan lasagna,
so  weekend lepas kami bergotong-royong menyediakannya...

first - rebus beberapa keping lasagna,
macam rebus spaghetti, panaskan air,
put 2-3 titik minyak masak @ sedikit butter untuk elak melekat,
peringatan : jangan rebus sekali banyak-banyak  nanti melekat dan pecah-pecah.



2nd - buat inti,
cam kuah spaghetti jer... tapi jangan cair...
prefer chicken compared to beef,
selalunya guna brand cik ramly, 1 paket, 
2 biji bawang besar,  5 biji bawang putih, chop-chop-chop,
panaskan minyak and tumis bawang tu, then masukkan ayam
biar sampai agak kering barulah masukkan spaghetti sos, botol besar,
mushroom (slice), tomato (potong dadu)
and garam secukup rasa...



 3rd - sediakan white sauce
100gm butter, 750 ml fresh milk, 1 cawan tepung gandum
and a bit of pepper or black pepper pun boleh,
panaskan butter
api perlahan
taburkan tepung sedikit demi sedikit
kacau slow-slow
masukkan susu
sedikit demi sedikit
plus pepper
tutup api keep kacau jangan sampai berketul

 mozarella cheese, make sure dikeluarkan lebih awal dari freezer
 kalau tak keras berketul-ketula lak nanti

 ha... semua bahan dah ready bolehlah setat menyusun lasagna ni....
mula-mula susun kepingan lasagna meliputi seluruh caserole,
 then letak inti, ratakan



white sauce pulak...



tabur mozarella cheese di atas white sauce



 buat selapis lagi, repeat langkah tadi..



sedia untuk dibakar



bakar about 30 - 45 minutes



tarra.....dah masak pun....



jom makan.....




Wednesday, October 27, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

`ibu masak tempoyak ke hari ni',
`iye.. ' 
`whoa.... yes.-yes-yes, bestnyer'  
itulah gelagat anak-anakku. ikan patin masak tempoyak. their favourites tu.
aku ni bukanlah orang pahang, hubby lak orang sg. buloh...
so memanglah tak de kena mengena ngan ikan patin dan tempoyak.
belakar masak nipun dari my sister yang bersuamikan orang pahang,
since anak-anak suka sangat lauk ni.
masakan ni antara yang tersempoi sekali
nak tahu camner nak buat?
so, here it goes....

of course you all mesti ada ikan patin (agak-agak panjang 1 kaki)
10-15 biji cili padi
kunyit 1/2 inci panjang
1 helai daun kunyit
1 batang serai -diketuk-ketuk
terung bulat kecik-kecik (optional)
1 cawan tempoyak atau ikut suka you all kalau suka banyak leh tambah lagi
asam keping
(kalau tempoyak tu dah cukup masamnya tak yah le letak asam keping)
garam secukup rasa
air secukupnya
memula kenalah siang ikan tu kan, potong-potong, cuci bersih, letak tepi dulu
kata orang kalau nak elak berbau boleh rendam ngan air asam sekejap,
tumbuk cili ngan kunyit,
masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali terung, asam keping dan daun kunyit,
biarkan sampai menggelegak, jangan lupa kacau-kacau kuah tempoyak ni,
then masukkan daun kunyit dan terung
kacau-kacau lagi jangan kacau kuat sangat kang hancur lak ikan korang tu,
jika rasa kurang masamnyer leh tambah tempoyak atau masukkan asam keping,
biarkan hingga ikan masak dan cukup rasa garam dan asamnyer
then leh lah tutup api dan hidang bersama nasi panas ... pergh..

so inilah hasilnya...
silalah rasa...


Friday, October 22, 2010

nAk mAkAn ApA hAri ni...

ha.. nak masak apa hari ni..... sebenarnya akupun tak plan lagi nak masak apa hari ni. hari ni jumaat, esok tak keja and budak-budakpun tak sekolah, ajak diorang makan kat luar jerlah agaknya, ataupun beli kat pasar malam, hari ni kat kawasan umah aku ada pasar malam, leh beli ayam goreng uncle bob, then beli mee and nasi goreng kuali besar, jimat sikit belanja.....