Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, June 15, 2012

lif oh lif

korang semua pernah tersangkut dalam lif?
lama atau sekejap 
pengalaman itu sudah tentu 
amat-amat mendebarkan

semalam kejadian sama berlaku pada saya
walaupun sekejap tetapi
bisa bikin jantung saya rasa bagai nak gugur
apa tidaknya tetiba dengar bunyi kuat
dan lif tiba-tiba terhenti
pintu pula tidak terbuka
apatah lagi waktu itu 
hanya saya seorang sahaja berada 
di dalam lif tu...

nasib baik dapat memaklumkan segera
kepada pihak maintenance
dalam menunggu mereka membetulkan apa-apa
yang perlu dibetulkan 
macam-macam yang telintas difikiran 
dan apa yang terlintas difikiran itu
langsung membuatkan adrenalin saya berdesup laju...

dalam keadaan itu sempatlah menbaca 
segala macam ayat dan doa yang teringat
masa itu jugalah baru nak teringat
baca doa naik kenderaan
selalunya naik keta jer baca doa ni
lif nipun kira kenderaan jugak
tapi selalu terlupa...
hu...hu...hu...
pengajaran hari itu
len kali naik lifpun kena baca doa naik kenderaan

setelah beberapa minit berlalu
(seminit bagai berjam-jam rasanya...)
lif ok semula
alhamdulillah....


Monday, June 11, 2012

dah habispun cuti sekolah...

hari ini sekolah sesi pertengahan tahun bermula
setelah  2 minggu bercuti
that means back to normal rutin

kena keluar awal pagi
coz' jalan raya kembali sesak

kembali sibuk dengan
baju sekolah, kasut sekolah, buku sekolah, kerja sekolah
walaupun kita dah tak sekolah
tapi kena jugak monitor benda-benda tu semua
budak-budak ni kalu tak diingatkan ada jer yang terkehel

semalam juga dah hantar kakak balik hostel
sian lak tengok kakak
monyok jer nak balik hostel
achik lak seperti biasa masa salam-salam and peluk kakak
mesti cengeng... bila tah nak ok
kalau kakak balik cuti weekend pun 
dia macam tuh..
nasib baik ibu dia tak cengeng sama
cuma sedih sikit-sikit jer... hu..hu...hu...
we will miss you kakak...
be strong and study hard....

oh... student U pun dah start a new semester this week
so to all the student out there
Best Of Luck And Study Hard...




Tuesday, May 15, 2012

untuk sahabatku...

saya mengenali beliau sejak ditingkatan empat lagi
 walau kami bukan dari kelas yang sama 
tapi beliau adalah seorang yang amat peramah,
baik hati dan selalu sahaja membuatkan 
semua orang disekelilingya 
ceria dan gembira
tidak hairanlah jika hampir kesemua guru dan pelajar 
sekolah kami waktu itu amat mengenali beliau
bertahun berpisah kerana tuntutan kerjaya 
dan hidup masing-masing
kami bertemu semula semasa gathering sekolah
beberapa tahun lepas
beliau masih dengan sikap yang dulu..
tetap ramah walau sudah memegang jawatan tinggi 
di sebuah syarikat konglemerat kerajaan
semasa perjumpaan itu banyak yang kami ceritakan 
kebanyakkannya kisah dulu-dulu waktu zaman sekolah...
sementelah saya dan rakan-rakan rapat 
memang suka dok menyakat beliau yang agak lembut orangnya dulu
dan lagi beliau seorang yang amat pengingat
sebutlah siapa sahaja dan kisah-kisah yang berlaku dulu
insyaallah pasti beliau ingat
sudahnya beliau menjadi pakar rujuk kami untuk 
kisah-kisah waktu sekolah dulu

itulah kali terakhir kami bertemu
selepas itu kami cuma berhubung di alam maya sahaja
beberapa kali mendengar khabar beliau dimasukkan ke hospital 
kerana sakit barah yang dihadapinya
tetapi belum berkesempatan untuk menziarahi beliau
 hanya doa dipanjatkan agar beliau cepat sembuh dan sehat dari sakitnya itu

apapun janji Allah itu pasti
bila telah tiba masanya 
kita harus pergi jua..
walau ramai yang menyenangi dan menyayangi beliau
tetapi kasih Allah melebihi segalanya.. 
ya.... sahabatku ini telah dijemput untuk kembali ke rahmatullah pagi ini...
meninggalkan isteri, anak-anak dan keluarga tercinta 
rakan-rakan dan semua yang mengenali beliau
pergi utnuk selama-lamanya...

semoga roh allahyarham tuan haji sahli sukarman
 ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....
al-fatihah
kepada keluarga allahyarham
semoga tabah menghadapi segala dugaan...
yang pergi tetap pergi
hidup perlu diteruskan
masa untuk kita entah bila
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...


Thursday, May 10, 2012

fAMiLy RuLeS

Let's practice this...


after all
do everything with love
and 
value your family  
may all of us 
have a wonderful 
family


Wednesday, May 9, 2012

make over vs over make

As salam semua, 
before continue i would like to make and announcement,
a very important announcement...
sounds like gempak gilerz ni..

untuk kesekian kalinya i will change my blog name...
from madamsuri to mrsbudin,
sebelum korang tanya apa-apa,
please read this statement ha...
`ni blog aku, suka ati aku le nak wat apa ngan blog ni'
ha...ha...ha...
bajet tak tahu nak jawab apa-apa...

mrs budin
ntah kenapa tetiba je rasa macam nak guna nama tu,
who's budin?
mesti korang nak tahu kan?
tak nak tahupun saya nak citer gak.
actually budin is mr hubby
it's not his real name off course.
got the name during his college years
until now most of the frens 
still calling him with that name

although for me
the name sound so irratating at first
cam nama budak nakal je... 
hu...hu...hu...
but since i know who and what sort of person he is
the thought can be
dicampak ke longkang..
and since
always been address as mrs budin
i think...
it's sound so sweet 
and i like...

since dah tukar nama ni
kenalah touch up sana sini sikitkan
hmmm hopely korangpun like...