Friday, December 10, 2010
Wednesday, December 1, 2010
dah disember dah...
sedar tak sedar dah masukpun bulan disember,
ada sebulan lagi sebelum kita masuk tahun baru 2011.
pikir-pikir ada banyak gak perkara-perkara yang sepatutnya
dilakukan tahun ini tapi tak tertunaikan.
camnerpun ada sebulan ni kena cubalah lakukan
mana-mana yang boleh.....
harap-harap boleh....
kena boleh....
malaysia boleh....
aku boleh....
insyaallah
gambar hiasan jer...
Friday, November 12, 2010
hujan pagi lewat lagi......
pagi jumaat yang dingin, hujan turun sejak malam tadi,
hu...hu....hu.. kalau hari cuti, lepas subuh mesti tarik selimut balik.
masalahnya hari ni kerja.
punch card setentunya merah.
nak buat camner kenalah cari alasan sebab lewat.
hmm..... kenapa bila hujan jer orang akan lewat sampai ke tempat kerja
meh kita senaraikan sebab-sebabnyer ya...
1. masa hari tak hujan naik motor, bila hari hujan naik keta
2. kena antor anak sekolah sebelum ni diorang jalan kaki.
jalan kat sekolahpun jam kalau hujan.
3. hari tak hujan hantar kat simpang jalan je,
hari hujan kena hantar anak sampai pintu pagar sekolah,
kena payungkan lagi, amik masa tu....
4. jalan licin kena drive 60km/j
5. traffic light rosak, kena petir
6. ada accident bumper to bumper, nipun sebab jalan licin
7. kat bawah jejantas atau flyover, banyak motor lepak tunggu hujan teduh,
melimpah ruah hingga ke tengah jalan
8. hmmm.... apa lagi ya....
ha.... yang ni tak kuasa nak cakap kat bos...
LEWAT BANGUN....
hu...hu...hu...
Saturday, October 30, 2010
tukar nama lagi....
hi..hi..hi..
untuk kesekian kalinya nama blog aku ni ditukar lagi....
this time for real and for the rest of my life
iyolah tu, next month ntah-ntah tukar lagi
hu....hu....hu....
jangan mara ha....
Wednesday, October 27, 2010
Ikan Patin Masak Tempoyak
`ibu masak tempoyak ke hari ni',
`iye.. '
`whoa.... yes.-yes-yes, bestnyer'
itulah gelagat anak-anakku. ikan patin masak tempoyak. their favourites tu.
aku ni bukanlah orang pahang, hubby lak orang sg. buloh...
so memanglah tak de kena mengena ngan ikan patin dan tempoyak.
belakar masak nipun dari my sister yang bersuamikan orang pahang,
since anak-anak suka sangat lauk ni.
masakan ni antara yang tersempoi sekali
nak tahu camner nak buat?
so, here it goes....
of course you all mesti ada ikan patin (agak-agak panjang 1 kaki)
10-15 biji cili padi
kunyit 1/2 inci panjang
1 helai daun kunyit
1 batang serai -diketuk-ketuk
terung bulat kecik-kecik (optional)
1 cawan tempoyak atau ikut suka you all kalau suka banyak leh tambah lagi
asam keping
(kalau tempoyak tu dah cukup masamnya tak yah le letak asam keping)
garam secukup rasaair secukupnya
memula kenalah siang ikan tu kan, potong-potong, cuci bersih, letak tepi dulu
kata orang kalau nak elak berbau boleh rendam ngan air asam sekejap,
tumbuk cili ngan kunyit,
masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali terung, asam keping dan daun kunyit,
biarkan sampai menggelegak, jangan lupa kacau-kacau kuah tempoyak ni,
then masukkan daun kunyit dan terung
kacau-kacau lagi jangan kacau kuat sangat kang hancur lak ikan korang tu,
jika rasa kurang masamnyer leh tambah tempoyak atau masukkan asam keping,
biarkan hingga ikan masak dan cukup rasa garam dan asamnyer
then leh lah tutup api dan hidang bersama nasi panas ... pergh..
so inilah hasilnya...
silalah rasa...
Friday, October 22, 2010
nAk mAkAn ApA hAri ni...
ha.. nak masak apa hari ni..... sebenarnya akupun tak plan lagi nak masak apa hari ni. hari ni jumaat, esok tak keja and budak-budakpun tak sekolah, ajak diorang makan kat luar jerlah agaknya, ataupun beli kat pasar malam, hari ni kat kawasan umah aku ada pasar malam, leh beli ayam goreng uncle bob, then beli mee and nasi goreng kuali besar, jimat sikit belanja.....
tin-tin... pon-pon....
smalam otw back home, adalah orang hon-hon keta aku, mula-mula tu satu lori sibuk hon-hon, taulah nak potong q, tapi sabarlah tak nampak kat depan aku tu bederet lagi keta, jammed, then ada lagi sorang hon, ni nak marah ni, aku rasa aku tak wat salah, potong q apalah lagi, bila dah sampai 2- 3 keta yang sibuk dok hon, baru aku rasa mungkin ada yang tak kena ngan keta aku kot, tengok kat meter ok jer, pass tu tengok lak kat cermin tepi, la.... pintu keta aku tak tutup rapat.... tapi naper tak ada sign kat tempat meter tu ya, tengah aku terfikir-fikir camner nak bukak tutup pintu keta kat jalan yang bizi ni ada lagi satu keta hon and tunjuk-tunjuk kat pintu keta aku, sah memang pintu keta aku tak tutup rapat, aku angkat tangan and sengih-sengih tanda tima kasih sebab prihatin. nasib baik kat depan tu traffic light merah, keta berhenti jer aku pun tengok cermin tepi, tak de motor, line clear, bukak pintu sikit and tutup balik. selamat.
tak sangka lak dalam kesibukan bandaraya kuala lumpur ni ada gak orang yang prihatin tentang orang lain. rasa terharunyer... huk...huk...huk... bila pikir balik, ni semua mungkin sebab akupun slalu gak prihatin dalam kes-kes macam tu. hi..hi... bukan masuk bakul angkat sendiri tau, kenyataan... oh ya, lagipun tengahari tadi aku ada tolong sorang aci nak turun tangga kat kompleks pertama, bukanlah aku dukung dia, mau patah pinggang wei.., cuma tolong pegang tangan dia jer sebab nampak teketar-ketar nak melangkah, kang tergolek dok kat siti naya jer... moral of the story, hari ni kita tolong orang, hari dan masa yang lain orang lain lak tolong kita.... gitulah adanyer.....
tak sangka lak dalam kesibukan bandaraya kuala lumpur ni ada gak orang yang prihatin tentang orang lain. rasa terharunyer... huk...huk...huk... bila pikir balik, ni semua mungkin sebab akupun slalu gak prihatin dalam kes-kes macam tu. hi..hi... bukan masuk bakul angkat sendiri tau, kenyataan... oh ya, lagipun tengahari tadi aku ada tolong sorang aci nak turun tangga kat kompleks pertama, bukanlah aku dukung dia, mau patah pinggang wei.., cuma tolong pegang tangan dia jer sebab nampak teketar-ketar nak melangkah, kang tergolek dok kat siti naya jer... moral of the story, hari ni kita tolong orang, hari dan masa yang lain orang lain lak tolong kita.... gitulah adanyer.....
keta aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)

