Wednesday, October 20, 2010

MAHER ZAIN

MAHER ZAIN, satu fenomena baru dalam industri hiburan, nak kata barupun idak le kerana sebenarnya maher telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak lama dulu tetapi memainkan peranan di belakang tabir saja. malah dia dikatakan pernah berkerja sama dengan syarikat rakaman yang berkhidmat untuk ikon pop dunia Michael Jackson.

pertama kali mendengar lagu si maher ni masa di kedai buku yang juga turut menjual kitab-kitab agama dan cd-cd al-Quran dan nasyid. masa tu uncle empunya kedai tu tengah putar lagu for the rest of my life, syahdu jer dengar lagu tu, lalu akupun belilah cd maher ni. sepanjang drive balik ke rumah petang tu ditemani dengan lagu-lagu maher, memang tak dinafikan lagu-lagunya cukup memberi impaks yang mendalam dalam jiwa aku. dengan melodi dan lirik yang menyentuh kalbu chewah jiwang la pulak. lirik-liriknya pun mudah difahami dan memberi satu inspirasi baru kepada sesiapa yang mendengarnya. budak-budak kat opis akupun ramai dah suka dengar lagu dia ni


anak-anakpun tangkap cintan gak ngan lagu-lagu maher ni, taklah asyik-asyik ngan lagu korea jer, dah lah ntah faham ke tak ngan maksudnya. minggu lepas maher ke malaysia, wat konsert lagi, frustnya tak dapat pi.. tau-tau jer tiket dah habis  hu...hu...hu... so sesiapa yang lum dengar lagu maher zain pilah beli cd dia dijamin tidak menghampakan...... aku bagi 10 star tuk album dia sebab semer lagu-lagu dia aku suka....

2 comments:

mom.4.two said...

pinjam cd..eeheheh

mrsbudin said...

beli sendiri ler.... wati ada share lagu-lagu maher kat network sila layan sendiri...