dah lama teringin nak buat apam ni...
asyik dengar orang citer ajer...
geram tengok dia
coz it looks so cute...
baru ni sorang teman buat apam and tayang kat fb dia
hmmmm tok leh jadi ni, akupun nak try buat juga...
dia amik resepi kat sini
akupun sama
dan inilah hasilnya....
first try.... |
guna paper cup saiz sederhana, masa kukus letak dalam acuan muffin yang lebih besar, tu yang dia nampak leper sikit... |
let see the recipe....
bahan :
275gm tepung gandum
220 gm gula halus
3 biji telur
150 ml susu segar atau susu sejat
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
blueberry filling atau coklat masakan
pewarna ikut suka korang
cara :
Ayak tepung bersama baking powder
Pukul telur dengan gula hingga kembang
Masukkan tepung, susu dan ovalette
Pukul dengan kelajuan maksima
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Titiskan pewarna mengikut pilihan masing-masing
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag berasingan
Picit adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah mangkuk sahaja)
Letakkan fiiling secukupnya (guna piping bagpun boleh, lebih mudah)
Picitkan lagi adunan warna yang sama sehingga menutupi filling tu
Last sekali bolehlah dot-dotkan apam tu mengikut
kreativiti masing-masing
make sure guna adunan warna berlainan
kemudian kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak
jangan lupa sebelum kukus masukkan paper cup ke dalam
acuan muffin atau mangkuk kecil
(macam acuan yanag orang selalu guna untuk buat apam)
kalau tidak apam anda akan jadi meleper
dan tak nampak naik gebunya...
2nd try dah expert sikit, yang ni buat dalam paper cup kecik-kecik... |