Friday, December 10, 2010

what u give is what u get .....


life is an echoo.....
all comes back
the good
the bad
the false
and
the true
so.....
give the world the best you have
and
the best will come back to you....



Wednesday, December 1, 2010

dah disember dah...

sedar tak sedar dah masukpun bulan disember,
ada sebulan lagi sebelum kita masuk tahun baru 2011.
pikir-pikir ada banyak gak perkara-perkara yang sepatutnya
dilakukan tahun ini tapi tak tertunaikan.
camnerpun ada sebulan ni kena cubalah lakukan
mana-mana yang boleh.....
harap-harap boleh....
kena boleh....
malaysia boleh....
aku boleh....
insyaallah


gambar hiasan jer...

Friday, November 12, 2010

hujan pagi lewat lagi......

pagi jumaat yang dingin, hujan turun sejak malam tadi,
hu...hu....hu.. kalau hari cuti, lepas subuh mesti tarik selimut balik.
masalahnya hari ni kerja. 
punch card setentunya merah.
nak buat camner kenalah cari alasan sebab lewat.
hmm..... kenapa bila hujan jer orang akan lewat sampai ke tempat kerja
meh kita senaraikan sebab-sebabnyer ya...

1. masa hari tak hujan naik motor, bila hari hujan naik keta
2. kena antor anak sekolah sebelum ni diorang jalan kaki.
jalan kat sekolahpun jam kalau hujan.
3. hari tak hujan hantar kat simpang jalan je,
hari hujan kena hantar anak sampai pintu pagar sekolah,
kena payungkan lagi, amik masa tu....
4. jalan licin kena drive 60km/j
5. traffic light rosak, kena petir
6. ada accident bumper to bumper, nipun sebab jalan licin
7. kat bawah jejantas atau flyover, banyak motor lepak tunggu hujan teduh,
melimpah ruah hingga ke tengah jalan
8. hmmm.... apa lagi ya....
ha.... yang ni tak kuasa nak cakap kat bos...
LEWAT BANGUN....
hu...hu...hu...

Saturday, October 30, 2010

tukar nama lagi....

hi..hi..hi..
 untuk kesekian kalinya nama blog aku ni ditukar lagi....
this time for real and for the rest of my life
iyolah tu, next month ntah-ntah tukar lagi
hu....hu....hu....
jangan mara ha....

Wednesday, October 27, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

`ibu masak tempoyak ke hari ni',
`iye.. ' 
`whoa.... yes.-yes-yes, bestnyer'  
itulah gelagat anak-anakku. ikan patin masak tempoyak. their favourites tu.
aku ni bukanlah orang pahang, hubby lak orang sg. buloh...
so memanglah tak de kena mengena ngan ikan patin dan tempoyak.
belakar masak nipun dari my sister yang bersuamikan orang pahang,
since anak-anak suka sangat lauk ni.
masakan ni antara yang tersempoi sekali
nak tahu camner nak buat?
so, here it goes....

of course you all mesti ada ikan patin (agak-agak panjang 1 kaki)
10-15 biji cili padi
kunyit 1/2 inci panjang
1 helai daun kunyit
1 batang serai -diketuk-ketuk
terung bulat kecik-kecik (optional)
1 cawan tempoyak atau ikut suka you all kalau suka banyak leh tambah lagi
asam keping
(kalau tempoyak tu dah cukup masamnya tak yah le letak asam keping)
garam secukup rasa
air secukupnya
memula kenalah siang ikan tu kan, potong-potong, cuci bersih, letak tepi dulu
kata orang kalau nak elak berbau boleh rendam ngan air asam sekejap,
tumbuk cili ngan kunyit,
masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali terung, asam keping dan daun kunyit,
biarkan sampai menggelegak, jangan lupa kacau-kacau kuah tempoyak ni,
then masukkan daun kunyit dan terung
kacau-kacau lagi jangan kacau kuat sangat kang hancur lak ikan korang tu,
jika rasa kurang masamnyer leh tambah tempoyak atau masukkan asam keping,
biarkan hingga ikan masak dan cukup rasa garam dan asamnyer
then leh lah tutup api dan hidang bersama nasi panas ... pergh..

so inilah hasilnya...
silalah rasa...


Friday, October 22, 2010

nAk mAkAn ApA hAri ni...

ha.. nak masak apa hari ni..... sebenarnya akupun tak plan lagi nak masak apa hari ni. hari ni jumaat, esok tak keja and budak-budakpun tak sekolah, ajak diorang makan kat luar jerlah agaknya, ataupun beli kat pasar malam, hari ni kat kawasan umah aku ada pasar malam, leh beli ayam goreng uncle bob, then beli mee and nasi goreng kuali besar, jimat sikit belanja.....

tin-tin... pon-pon....

smalam otw back home, adalah orang hon-hon keta aku,  mula-mula tu satu lori sibuk hon-hon, taulah nak potong q, tapi sabarlah tak nampak kat depan aku tu bederet lagi keta, jammed, then ada lagi sorang hon, ni nak marah ni, aku rasa aku tak wat salah, potong q apalah lagi, bila dah sampai  2- 3 keta yang sibuk dok hon, baru aku rasa mungkin ada yang tak kena ngan keta aku kot, tengok kat meter ok jer, pass tu tengok lak kat cermin tepi, la.... pintu keta aku tak tutup rapat.... tapi naper tak ada sign kat tempat meter tu ya, tengah aku terfikir-fikir camner nak bukak tutup pintu keta kat jalan yang bizi ni ada lagi satu keta hon and tunjuk-tunjuk kat pintu keta aku, sah memang pintu keta aku tak tutup rapat, aku angkat tangan and sengih-sengih  tanda tima kasih sebab prihatin. nasib baik kat depan tu traffic light merah, keta berhenti jer aku pun tengok cermin tepi, tak de motor, line clear, bukak pintu sikit and tutup balik. selamat.

tak sangka lak dalam kesibukan bandaraya kuala lumpur ni ada gak orang yang prihatin tentang orang lain. rasa terharunyer... huk...huk...huk...  bila pikir balik, ni semua mungkin sebab akupun slalu gak prihatin dalam kes-kes macam tu. hi..hi... bukan masuk bakul angkat sendiri tau, kenyataan... oh ya, lagipun tengahari tadi aku ada tolong sorang aci nak turun tangga kat kompleks pertama, bukanlah aku dukung dia, mau patah pinggang wei.., cuma tolong pegang tangan dia jer sebab nampak teketar-ketar nak melangkah, kang tergolek dok kat siti naya jer... moral of the story, hari ni kita tolong orang, hari dan masa yang lain orang lain lak tolong kita.... gitulah adanyer.....

keta aku...

Wednesday, October 20, 2010

MAHER ZAIN

MAHER ZAIN, satu fenomena baru dalam industri hiburan, nak kata barupun idak le kerana sebenarnya maher telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak lama dulu tetapi memainkan peranan di belakang tabir saja. malah dia dikatakan pernah berkerja sama dengan syarikat rakaman yang berkhidmat untuk ikon pop dunia Michael Jackson.

pertama kali mendengar lagu si maher ni masa di kedai buku yang juga turut menjual kitab-kitab agama dan cd-cd al-Quran dan nasyid. masa tu uncle empunya kedai tu tengah putar lagu for the rest of my life, syahdu jer dengar lagu tu, lalu akupun belilah cd maher ni. sepanjang drive balik ke rumah petang tu ditemani dengan lagu-lagu maher, memang tak dinafikan lagu-lagunya cukup memberi impaks yang mendalam dalam jiwa aku. dengan melodi dan lirik yang menyentuh kalbu chewah jiwang la pulak. lirik-liriknya pun mudah difahami dan memberi satu inspirasi baru kepada sesiapa yang mendengarnya. budak-budak kat opis akupun ramai dah suka dengar lagu dia ni


anak-anakpun tangkap cintan gak ngan lagu-lagu maher ni, taklah asyik-asyik ngan lagu korea jer, dah lah ntah faham ke tak ngan maksudnya. minggu lepas maher ke malaysia, wat konsert lagi, frustnya tak dapat pi.. tau-tau jer tiket dah habis  hu...hu...hu... so sesiapa yang lum dengar lagu maher zain pilah beli cd dia dijamin tidak menghampakan...... aku bagi 10 star tuk album dia sebab semer lagu-lagu dia aku suka....

Thursday, October 14, 2010

Bersama Selebriti


mesti ramai yang kenal mamat yang pakai kot hitam tu, yes tak lain tak bukan itulah eric leong, tak payah perkenalkanpun memang korang semer dah kenalkan. aku jumpa mamat ni kat Homedec 2008 di KLCC.memang happening giler dia ni. peramah ya amat, mulanya hubby aku jer yang begambar dengan dia, pas tu si eric ni tanya aku tak nak amik gambar skali ke, siap dia panggil kawan dia amikkan gambar kami bertiga. ingatkan bolehlah minta buatkan design tuk interior rumah kami, tapi tak kesampaian sebab jadual dia yang ketat tak sempat nak wat design dah skarang ni.....

Tuesday, October 12, 2010

imBauAN rayA

Kesedihan ayah di pagi raya buat kami semuapun sedih juga 

luv u ayah... 

 hubungan erat yang takkan terputus...

 .......takes turn to salam raya and collect duit raya

peace NO waR

 duit raya, teng kiu.....

 pRincess KeLLy

 masak merah....

 sian Bondaku penat sampat terlelap.......


licin.......



 cik kipah

 cheese.....

 more cheeeezzy......

 ifa dah berani pegang cat

kepenatan dan kemengantukans...



 bungy roll yummy...yummy...

 take one only....


 roti cicah sup tulang panas, makan malam-malam, perrgh...  mee tu tolak tepi dulu...

pilih yang mana satu....

Monday, October 11, 2010

demam raya kot.....

selepas n3 pertama nilah baru dapat mengupdate blog aku ni. tulah dulu tak de blog sibuk nak berblog. dah tu tak tau pulak apa nak ditulis kat blog ni. tak pelah kan aku balun jer lah korang nak baca-bacalah tak nakpun aku tulis gak. minggu ni hari sakit sedunia tuk family aku, demam raya kot. bermula dengan puteri bungsuku si princess kelly, then kakaknya, aku, seterusnya kak ngah dan cik kipah my third one. hubbypun dah menampakkan aura nak kena selsema dah hari ni. ubat klinikpun dah habis batuk and selsema tak sembuh-sembuh. semalam pepagi dah ke pharmacy borong ubat, amoi pharmacist tu dok suggest vitamin tu vitamin ni, kopak gak dekat RM200. senyum amoi tu pepagi dah masyuk.... tak pe-tak pe duit leh cari, kesihatan tak boleh dijual beli hu...hu...hu... si pharmacist tu kata, lain kali kalau ada rasa-rasa nak demam or selsema amik vitamin C and take a rest or sleep, ok tak pe next time boleh try praktikkan.....

Friday, October 1, 2010

SaLaM SyaWal


salam syawal buat semua, bercakap tentang syawal, aidil fitri dan juga hari raya  kita tak akan terlepas dari memperkatakan tentang bermaaf-maafan. especially bermaaf-maafan dipagi raya. bila semua keluarga berkumpul... bersalam-salaman sesama ahli keluarga, memohon ampun dan maaf... syahdunya waktu ni...  tu yang sampai meleleh air mata, air hidung bagai...
apa yang diperhatikan budak-budak sekarang ni bila bersalam hanya mengucapkan `Selamat Hari Raya Minta Maaf Zahir Batin' jer...
yang panjang sikit diorang tambah `angpau raya jangan lupa bagi....' ish...ish...ish...

teringat masa kecik-kecik dulu, a day before raya ayah akan ingatkan, `esok hari raya kena salam orang yang lebih tua, bila salam tu kena cakap `selamat hari raya, minta maaf atas semua salah silap, yang terkasar bahasa, tak dengar kata, makan dan minum minta halalkan, minta doakan kejayaan kita bla-bla-bla....'

rasanya masa sekolah rendah dulu tiap-tiap tahun ayah remind benda ni, masa sekolah menengah dah kurang sikit sebab mesti dia rasa time tu anak
dia ni dah pass dalam bab salam-salam pagi raya ni. Alhamdulillah hingga ke hari ini pesan ayah tu tetap diingati dan dipraktikkan. sekarang ni nampaknya apa yang ayah pesan tu kenalah pulak dipesan-pesankan kepada anak-anak dan juga anak-anak buah yang lain...


moga kita semua dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi di syawal tahun depan, amin...