Friday, May 25, 2012

air serai yang menyamankan

korang pernah minum air serai. 
minuman ni  fofular di thailand
dan sekarang ni dah mula fofular kat malaysia

air serai ni elok untuk menyejukkan badan
kalau rasa-rasa panas dalam badan
cubalah minum air serai ni
pasti korang rasa segar dan menyamankan
ditambah lak ngan aromanya yang tersendiri...
pergh i tell you....
belum minumpun dah terasa kesegarannya
tak caya cuba try

air serai ni enak diminum sejuk ataupun panas
selain untuk menyejukkan badan
dengar citer ia juga bagus diminum
oleh ibu-ibu selepas bersalin
untuk penghadaman dan  pelawasan
ia juga dipercayai boleh melegakan batuk
dan sakit tekak

selalunya saya minum kat kedai je..
tapi pernah terjumpa resepi ni kat majalah saji
beberapa tahun dulu so saya share kat sini
all we need is...
10 batang serai
3 liter air
gula batu
(ikut suka tahap kemanisan yang dikehendaki)
bersihkan serai, ketuk-ketuk sikit
masukkan dalam air
dan rebus bersama gula batu hingga mendidih
kecikkan api 
biar air mendidih lama sikit
dah siap bolehlah diminum panas atau sejuk
nak tambah perasa bolehlah perah limau sikit..
kalau tak nak guna gula batu 
bole saja ganti ngan gula biasa atau madu


yang ni saya minum kat naili's place sentul




No comments: