Friday, July 15, 2011

adam dan hawa


ni antara novel feberet aku
suka sangat dengan citer ni
sampai dah beberapa kali aku khatam buku ni
novel ni juga adalah antara penyebab aku mula beli dan baca 
novel melayu... 
thanks to 
Aisya Sofea
penulis novel indah ini....

sinopsis
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. 
Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, 
menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. 
Rayuannya tidak dipedulikan. 
Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. 
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz 
dalam paksa dan tanpa rela. 
Sayangnya,
hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. 
Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. 
Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. 
Setiap saat rindunya terus melimpah. 
Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.
 Ah... Adam pasrah! 
Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun berlalu, 
Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. 
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. 
Ain pula terus membenci 
dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. 
Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 
Tapi tegarkah Ain? 
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. 
Nafasnya bagai berombak, 
perasaannya jadi gementar 
dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. 
Benarkah dalam hati ada cinta? 
Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah, mulut tak terkata. 
Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, 
dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

nak tahu apa kesudahan kisah Adam dan Hawa ni
kenalah baca sendiri ya...
atau tunggukan drama bersirinya..
dengar citer novel ini akan diadaptasi menjadi 
drama bersiri tak lama lagi
talking about this
dah ramai yang tertanya-tanya siapakah yang 
akan memegang watak Adam dan Hawa 
untuk watak Adam, susah sikit nak cari sebab
Adam digambarkan sebagai seorang mixed blood
so kena cari aktor yang muka ala-ala pan-asian
kat Malaysia ni tak ramai
so mungkin penerbit drama tu boleh cari pelakon baru
ataupun keluar sikit dari skrip citer tu
rasanya ia tidak akan memcacatkan jalan cerita 
untuk watak Ain Hawani ada beberapa orang yang aku rasa sesuai
walaubagaimanapun
pilihan aku tetap
aaron aziz untuk Adam
tiz zaqyah untuk Ain Hawani

hi.... tak sabar nak tengok....

No comments: