Wednesday, November 23, 2011

Syabas Harimau Muda

this N3 means to be publish yesterday
but due to kesibukan so baru hari ni dapat publish..
tapi perasaan itu masih membara-bara...

suka, bangga, terharu, teruja dan macam-macam lagi
perasaan itu sudah tentu dirasai hampir kesemua rakyat malaysia
kerana kita telah memenangi
ibu segala pingat di


yesss... we win the gold medal for football
tahniah...tahniah...tahniah...

the match is between...

mengalahkan indonesia dalam apa-apa game sekalipun
memang menjadi satu kemestian untuk kita
sebabnya
diorang ni selalu anti semacam jer ngan kita
lihatlah penyokong-penyokong mereka...
over yang terover-over sesangat...

this is antara sorakan dan laungan mereka....
indonesia bisa... malaysia berbisa

ha...ha.... malaysia juga bisa ya pak malah amat-amat berbisa...

our young tiger

anak--anak buah ong kim swee


lautan merah penyokong tuan rumah di stadium keramat bung karno
 syabas to all our young tigers kerana dapat bermain dengan penuh semangat
mengatasi sorakan dan cemuhan dari penyokong tuan rumah...



akhirnya.... garuda kecundang juga....

saat kemenangan.... 

yes.... we did it...


truely a hero....
to our harimau muda
good luck for the match tonite
malaysia vs syria
hope the spirits is still there
auummm..



Monday, November 21, 2011

kembali bertemu....

mak ai... lamanyer tak update blog ni...
bizi.... memanjang beberapa bulan ini
lepas raya hari tu
puteri sulongku sibuk ngan exam PMRnya
so ibu diapun sibuk gak
sibuk buat pemantauan....

kad gud luck for kakak made by all of us with full of luvs...
may u pass ur PMR with flying colours
achik & kelly,  tukang kaler....
at the same time sibuk lak ngan keje kat opis
tender... tender... tender....
stress.... stress.... stress
sampai naik bp mak...
terpaksa makan ubat stress lagi
hu...hu...hu...

lepas raya haji
tenderpun dah close 
tender report orang lain lah yang kena buat 
projek sendiri mana leh sendiri buat penilaian...
bertenang kejap...
boleh tengok-tengok mana-mana
keje yang tertangguh masa pulun nak tender hari tu...
termasuklah mengupdate blog ni...
hi...hi....



Friday, September 9, 2011

raya dan budaya

dah hampir dua minggu kita berada di bulan syawal
lagu-lagu raya masih berkumandang di corong2 radio
walaupun ramai yang dah mula bekerja
suasana raya masih lagi dirasai
kat tempat kerjapun boleh rasa kuih raya
lagi pulak kalau opis buat jamuan raya
lagilah meriah...
dah jadi budaya kat malaysia
musim raya ni masuk jer sabtu ahad 
berderet-deret orang buat open house


so, kalau dah satu di shah alam 
satu di cheras 
satu di gombak
satu di bangi
in one day
susah juga nak susun jadual
masa habis kat jalanraya jer
kalau jalan clear tak pe jugak
ni highwaypun boleh jam...
orang dah jemput tak datang
tak boleh pulak...

rasanya kerajaan kena tambah cuti raya
seminggu lagi...
khas untuk orang buat open house
boleh gitu....
hi...hi...hi... 

dulu-dulu kalau nak datang beraya 
orang terus jer datang 
tak ada nak telpon-telpon bagitahu nak datang beraya
tapi sekarang ni kalau nak datang beraya selalunya 
orang akan bagitahu dulu
yelah kan kalau orang tu tak ada susah jugak
tak dapat nak beraya kan
lagi satu kalau dah orang bagitahu nak beraya rumah kita
takkan nak hidang kuih raya jer

sekurang-kurangnya adalah bihun goreng ker,
soto ker, lemang, rendang, nasi impit , kuah kacang,
lontong, laksa, satay, nasi beryani, nasi tomato, nasi bla...bla...bla...
  



 alamak dah macam menu open houselah pulak
pokoknya bila kita bagi tahu kat orang tu kita nak beraya rumah dia
mesti ada juadah-juadah sampingan sebegitu disediakan
dah jadi budaya orang kita
alhamdulillah rakyat malaysia ni
memang pemurah-pemurah belaka...

hari nipun ada orang dah bagitau nak datang rumah
rasanya mak masak nasi lemak and ayam goreng berempah....
oklah tu rasanya....
saper nak mai rumah silakanlah....



Wednesday, September 7, 2011

Lagu Raya

Pernah tak korang bayangkan 
kita menyambut raya tanpa lagu raya
mesti hambar jer, ye tak
dulu-dulu bila masuk jer bulan puasa
stesen-stesen radio sebuk dah pasang lagu raya
kemudian ada bantahan 
yelah... belum seminggu berpuasa
dah meriah dengan lagu-lagu raya
nampak sangat kita melebih-lebihkan raya dari ibadah puasa
sekarang ni dua minggu berpuasa
barulah lagu-lagu raya disiarkan 
okeylah tu, nampak sikit manisnya....

bercakap pasal lagu raya
korang paling suka lagu apa ek...
saya paling suka lagu
Dari Jauh Kupohon Maaf
by Sudirman
waduh.... lagu ini liriknya sangat menusuk kalbu
kena pulak pada yang duk merantau
jauh dari keluarga
kita layanz dulu lirik lagu ini.....


~ Dari Jauh Ku Pohon Maaf ~
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang mulia
Restu ayah bonda ku harap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang mulia
Restu ayah bonda ku harap selalu
Demi anakmu yang kini jauh.....

sob...sob...sob... boleh tangkap leleh dengar lagu ni...
tapi hari raya adalah hari untuk bergembira
so lagu-lagu yang rancak dan ceria
 juga banyak yang boleh didengar
contohnya lagu Saloma
dam-dam-dum bunyi mercun
ataupun lagu anuar ellina versi kanak-kanak
( ha...fav anak-anak tu...)

sesungguhnya kita seharusnya berterima kasih
kepada mereka-mereka yang telah
mencipta lagu-lagu raya dengan 
melodi dan lirik-lirik yang sungguh indah
mengungkapkan suasana hari raya
samaada yang ceria, lawak, 
sayu, pilu, sedih, syahdu, terharu,
kegembiraan dan kesyukuran 
juga lagu-lagu yang seakan  menggamit kita semua untuk pulang
beraya bersama keluarga di kampung halaman....





SALAM LEBARAN

Sementelah kita masih lagi berada di bulan Syawal ni
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin 
diucapkan kepada semua


Raya tahun ni kami sambut di Sg. Buloh Selangor dulu
kampung hubby 
malam raya tahun ni banyak betul orang
main bunga api and mercun
dah macam sambutan tahun baru pulak
sana-sini bunga api 
kami tumpang tengok jer lah
budak-budak kat rumah main bunga api biasa jer
tapi meriahlah jugak


Juadah raya tahun ni
masih macam tahun-tahun lepas
ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang dan lemang
lemang tu kami beli ready made jer...
ketupat pulak yang terbaek... tahun ini
mendapat puijan semua orang
tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut
ehem... ehem... tengoklah saper yang mengisi berasnya....
hi....hi..... 
tahun-tahun depan mesti kena buat tugas ni lagi...
hu....hu....hu....


Petang raya pertama tu kami bertolak pulang ke JB
my hometown... pergh.... bersemangatnya....
oh...... balik kampung
oh...... balik kampung
hati riang......
seronoknya sepanjang perjalanan tu
coz majoriti malays yang kami jumpa pakai 
baju kurung and baju melayu 
lengkap bersampin dan bersongkok
termasuklah kami sekeluarga
kat stesen  minyak dan R n R pun dah macam 
open house raya pulak 
meriah gitu...

Tahun depan kalau ada umur
kami beraya di Johor dulu pulak
bergilir-gilir setiap tahun
memang yang ni dah buat MOU before kawin dulu
so tak adalah nak bergaduh-gaduh mana nak raya setiap tahun.

Moga kita semua berjumpa lagi dengan 
Ramadhan dan Syawal tahun depan
Insyaallah....

Tuesday, August 9, 2011

semalam seperti biasa
balik kerja jer terus singgah pasar ramahan
hajat hati nak beli nasi tomato untuk berbuka puasa
alhamdulillah gerai nasi tomato yang saya selalu
beli tu ada berjualan hari itu
so terus order
kuah ayam tu bagi asing ye... 
after bayar
terus amik bungkusan dan terus chow
cari-cari pula juadah yang lain

selesai membeli juadah berbuka puasa
saya terus ke sekolah anak
untuk fetch mereka
sampai di rumah check punya check 
semua bungkusan tu
alamak....
mana lauk ayam masak merah tadi
tak ader....
sampai habis dalam keretapun diselongkar 
kot terjatuh dilantai kereta
still tak ader, sah tertinggal ni....
fuh.... takkan nak pergi balik pasar ramadhan tu...
hu...hu....hu.... makan nasi kosong jer hari ni...
nasib baik mr hubby dah sampai ke rumah
dia ajak pergi balik pasa ramadhan tu...
hi.... tak de keje cari keje betullah...

peringatan berguna untuk saya hari itu
len kali sebelum balik check dulu
apa yang dibeli 
cukup atau tak cukup...
ada atau tak ada...
hi......



Monday, August 8, 2011

a trip to KLCC

Sabtu before puasa hari tu, saya dan anak-anak telah ke KLCC. Oleh kerana mr hubby tak dapat nak joint, so we decide to go there by LRT. Lagipun my two younger daughters tak pernah lagi naik LRT. So nak bagi experience kat they all lah ni maka, kami naik train ke KLCC hari tu. We all naik kat last station Gombak.

yang si ibu ni pula dah bertahun2 tak naik LRT. Masa nak beli tiket tu tercangak2lah juga. Kat situ ada  mesin dan kaunter, so kami pilih kaunter. Then trainpun sampai, orang dari this stationpun tak ramai, so boleh pilih-pilih lagi nak duduk tang mana. Budak kecik 2 orang ni asyik tersengih-sengih jer. Almaklumlah...tercapai sudah impian nak naik LRT  Sampai KLCC we go shopping, jalaning and makaning, sampai naik letih kepala lutut ni melayan kerenah anak-anak...

Lastly time to go homepun tiba...., manusia punyalah ramai. Fisrt kena beli tiket dulu, ada beberapa mesin untuk beli tiket, kaunterpun ada. Oleh kerana tak biasa beli kat mesin dan orang quepun ramai, so we all amik keputusan beli tiket di kaunter saja. Tengok-tengok kat atas kaunter pulak tertulis, tiket for rapid KL, aiikkk bukan ke rapid kl tu bas..... Alamak kita nak beli tiket kat mana ni..... sedang siibu masih tercangak-cangak lagi memikirkan mana nak beli tiket ni..., my eldest said, `betullah ibu, kena beli tiket kat kaunter tu, kat sini mana ada bas. Betul juga tu... Untuk nak puaskan hati, saya pi kat depan kaunter tu tanya sini boleh beli tiket train LRT ke station Gombak ker.... Dengan senyum simpul adik tu kata boleh...  Hi....... mesti dia terfikir orang dari manalah ni... mesti first time naik LRT.... beli tiket kat manapun tak tau, Alaa... memang kami tak taupun. Orang kata kalau tak tau, silalah bertanya, kang nanti sesat jalan sapa yang susah, mereka dan keluarga merekalah jugak...

satu lagi, saya nak ucap thanks kat 2 orang mamat yang saya jumpa dalam train tu kerana memberikan tempat duduk mereka kepada saya dan budak kecik dua orang ni... Disebalik orang sibuk mengatakan tiada lagi nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan dikalangan warga KL masih ada lagi orang yang masih menerapkan nilai-nilai murni sebegitu buat kami.... terharunya mak...
wajah ceria dapat naik train....

orang tak ramai masa ni, boleh duduk satu seat sorang...

pis-pis kacang pis...

tu dia, berposing sakan dalam train...

sempat betulkan tudung lagi....

sedang memeriksa kekukuhan struktur train ini...

layanz....

hi....hi..... tak de keje budak dua orang ni....