Monday, August 8, 2011

a trip to KLCC

Sabtu before puasa hari tu, saya dan anak-anak telah ke KLCC. Oleh kerana mr hubby tak dapat nak joint, so we decide to go there by LRT. Lagipun my two younger daughters tak pernah lagi naik LRT. So nak bagi experience kat they all lah ni maka, kami naik train ke KLCC hari tu. We all naik kat last station Gombak.

yang si ibu ni pula dah bertahun2 tak naik LRT. Masa nak beli tiket tu tercangak2lah juga. Kat situ ada  mesin dan kaunter, so kami pilih kaunter. Then trainpun sampai, orang dari this stationpun tak ramai, so boleh pilih-pilih lagi nak duduk tang mana. Budak kecik 2 orang ni asyik tersengih-sengih jer. Almaklumlah...tercapai sudah impian nak naik LRT  Sampai KLCC we go shopping, jalaning and makaning, sampai naik letih kepala lutut ni melayan kerenah anak-anak...

Lastly time to go homepun tiba...., manusia punyalah ramai. Fisrt kena beli tiket dulu, ada beberapa mesin untuk beli tiket, kaunterpun ada. Oleh kerana tak biasa beli kat mesin dan orang quepun ramai, so we all amik keputusan beli tiket di kaunter saja. Tengok-tengok kat atas kaunter pulak tertulis, tiket for rapid KL, aiikkk bukan ke rapid kl tu bas..... Alamak kita nak beli tiket kat mana ni..... sedang siibu masih tercangak-cangak lagi memikirkan mana nak beli tiket ni..., my eldest said, `betullah ibu, kena beli tiket kat kaunter tu, kat sini mana ada bas. Betul juga tu... Untuk nak puaskan hati, saya pi kat depan kaunter tu tanya sini boleh beli tiket train LRT ke station Gombak ker.... Dengan senyum simpul adik tu kata boleh...  Hi....... mesti dia terfikir orang dari manalah ni... mesti first time naik LRT.... beli tiket kat manapun tak tau, Alaa... memang kami tak taupun. Orang kata kalau tak tau, silalah bertanya, kang nanti sesat jalan sapa yang susah, mereka dan keluarga merekalah jugak...

satu lagi, saya nak ucap thanks kat 2 orang mamat yang saya jumpa dalam train tu kerana memberikan tempat duduk mereka kepada saya dan budak kecik dua orang ni... Disebalik orang sibuk mengatakan tiada lagi nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan dikalangan warga KL masih ada lagi orang yang masih menerapkan nilai-nilai murni sebegitu buat kami.... terharunya mak...
wajah ceria dapat naik train....

orang tak ramai masa ni, boleh duduk satu seat sorang...

pis-pis kacang pis...

tu dia, berposing sakan dalam train...

sempat betulkan tudung lagi....

sedang memeriksa kekukuhan struktur train ini...

layanz....

hi....hi..... tak de keje budak dua orang ni....

No comments: